Pages

Monday, February 27, 2012

A LITTLE BIT TO SHARE

assalamualaikum..huh, banyak sungguh nk diluahkan hari ini. i am officially keluar dari unikl and make a preparation for the uitm. actually bila  aku buat keputusan ni sebenarnya ramai sangat yang cakap aku rugi sebab aku kena bayar balik mara and aku dah 2 sem kat sane. mungkin juga ada yang tertanya-tanya kenapa aku boleh amek risiko dan keluar sahaja dari unikl. bila soalan bertubi-tubi orang dok terjah kat aku, why hajar why? kenapa kau kena keluar sedang kan kau ok kat unikl, aku hanya mampu tersenyum. susah dan berat untuk dikongsi kerana mereka tidak akan faham apa yang aku dah lalui sebelum ni.

menjadi orang harapan dalam keluarga sebenarnya adalah satu beban yang besar yang harus aku pikul. menyarungkan seragam sekolah atas tiket 'pelajar berasrama penuh' sebenarnya memberi satu tekanan besar pada aku, tambahan pula orang di sekeliling memberi satu pandangan yang aku ni budak sekolah pandai. what the heck? apasal aku ni nak kecoh-kecoh sangat? mana-mana sekolah pon sama. kalian boleh bercakap begitu, sebab kalian tidak berada dalam kasut aku. (sila translate bahase omputeh)

dan..memperoleh pencapaian yang tidak memberansangkan dalam SPM adalah satu titik kesedaran kepada aku dan merubah segala-galanya. aku yang pada awalnya meletak harapan tinggi untuk dapat maktab terkubur begitu saja, jaoh sekali nak dapat tempat kat matriks, mahu pon ipta. dengan keputusan yang tak seberapa itu tidak berjaya menempatkan aku kat mana-mana ipt yang boleh dibanggakan. sedangkan kawan-kawan yang lain berjaya. semua itu telah meletakkan aku kat satu tempat yang jauh dari sesiapa. aku disindir, aku dilempar kata-kata sinis. dan apa yang lebih menyedihkan, bila aku terpaksa melihat wajah kecewa mak dan apak walaupun mereka tak marah aku pon. masa tu aku tau, aku dah hancurkan harapan mereka. walaupon mak apak aku ok, itu tak bermakna yang aku kena sambil lewa je lepas tu. aku kena bertanggungjawab membuat mak dan apak tersenyum bangga balik dengan apa yang aku lakukan. aku tak nak merugikan satu sen pun lagi segala pelaburan yang parents aku dah buat semata-mata nak tengok kejayaan anak-anak. 

alhamdulillah, sepanjang pengajian aku di kpm telah banyak mengajar aku erti dewasa. aku yang dulunya sangat susah nak dengar cakap mak apak kini mula membuka hati untuk terima pandangan orang. dan pesanan mak aku supaya aku membuang sikap panas baran aku adalah sesuatu yang aku pegang sampai sekarang. aku kuat dan tekadkan hati untuk bangkit. aku kena kuat untuk keluarga tercinta. dan akhirnya aku grad, walaupon aku tak berjaya dapat dekan, tapi aku amat bersyukur kerana dengan pointer tersebut lah aku layak ke ipta.

what the heck? pesal kau nak kecoh, alaa..uitm je pon, sesape boleh masok. kalian boleh cakap macam tu, sebab kalian tak rasa macam mana sakitnya bila kita kena amek jalan jaoh untuk mendapat pendidikan yang sewajarnya. tapi aku tetap bersyukur bila diduga dengan dugaan macam ni, aku rasa lebih bersyukur dengan rezeki yang Allah dah beri berkat dari doa restu dan kesabaran untuk menempuh segala cabaran. bukan senang nak bangkit, bila kita gagal berkali-kali. sekurang-kurangnya aku tahu kemampuan yang aku ada sekarang. sekurang-kurangnya aku lebih mencintai ilmu berbanding masa aku sekolah dulu. aku sangat-sangat sambil lewa dalam bab belajar. 

sebab tu aku belajar bersungguh-sungguh. sebab aku dah gagal berkali-kali. aku ada adik yang meletakkan aku sebagai idola, sudah tentu aku nak berikan yang terbaik. walaupun aku terpaksa membayar balek pinjaman mara, aku lebih rela daripada aku harus bayar yuran tiap-tiap sem, tapi aku x dapat apa yang aku nak.

sekarang alhamdulillah, aku sangat berpuas hati setelah segala penat jerih perih yang aku lalui.

Monday, February 20, 2012

HARD DECISION TO MADE, BUT IT"S THE BEST


terkebil-kebil aku bila dapat result nih. sememangnya aku tak expect untuk dapat memandangkan aku sekarang pon dah masuk sem 2 kat unikl. apa pon aku sujud syukur dulu dengan rezeki yang Allah dah bagi. lama betol aku pikir, nak register ke x, nak accept ke x. dah laa x dpt hostel, mcm mana aku nak survive kat sana ek. last2 aku buat solat istikharah, mintak petunjuk untuk semua ni.

at first aku tergerak untuk stay sahaja memandangkan aku dah selesa di unikl tapi terjadi nye suatu perkara yang agak peribadi yang membuatkan aku berfikir 2x untuk stay atau sambong kat uitm. and yeah, setelah amek kira banyak perkara, so then i decided..

YES, I WILL FURTHER MY STUDY IN UITM

so aku kena kuatkan semangat untuk pergi walaupon aku x dapat banyak transfer credit, x dapat hostel, melalui semula perasaan asing di tempat orang dan belajar berdikari sendiri. aku kena kuat! aku kena banyak belajar berdikari dan think in a positive way. aku dah besar, dah 22 taon dah. aku kne slalu adapt dengan pelbagai situasi. yes, aku boleh! 

cuma...aku sedih sangat nk tinggalkan roomates aku, Didy Ela Nas. sedih sangat sebab aku mula sayang kat diorang and diorang memang kawan yang baik. dh lame sgt aku x de kawan yang aku boleh bergurau apa2 sahaja since sekolah menengah dulu. bagi aku, mereka sangat sangat sangat memahami diri ini yang terkadang pelik x semena-mena. girls, aku tau korang sedih, tapi aku bersyukur sangat kalau korang memahami sebab dan alasan kenapa aku decide nak pergi...

so girls, i really hope that you all can think everything in a positive way. ajan doakan korang semua kuat semangat untuk meneruskan perjuangan yang maseh berbaki setahun dan tetap belajar bersungguh-sungguh. ke mana sahaja kita pergi, redha Dia lah yang kite kena cari dan semoge kite semua berada di dalam keredhaanNya..

redha itu takdir, pasrah itu menyerah..doakan saye ye kawan2..

Wednesday, February 15, 2012

BERAMAL KEBAJIKAN DI RUMAH SINAR SALAM


salam..hye all! its 15 days of february now and also yesterday some of us who believe the Valentines Day may celebrate it. okay, actually saya juga ada cara untuk mengekspreskan kaseh syg yg ada. buktinya, semalam saya saya dah melunaskan salah satu hajat saya untuk tahun ni dengan my girls, Didi and Ella untuk beramal kebajikan di rumah perlindungan Sinar Salam yang terletak di Lorong Haji TAib 3, Chow Kit. Sebut je Chow Kit, mesti masing-masing akan terfikir dengan keadaan lorong-lorong gelap di sana. macam tulah apa yang saya rasa apabila pertama kali menjejakkan kaki di sana. perasaan gusar menerjah-nerjah di benak saya.   namun segala kegusaran itu hilang sesampainya kami di hadapan pintu rumah kebajikan tersebut.


Puan Arfidah

ada seorang wanita sedang mendukung bayi kecil di hadapan pintu berkenaan. setelah memperkenalkan diri, kami segera naik dan bertemu dengan pengasas rumah perlindungan tersebut, Puan Arfidah. kami diberi penerangan tentang penghuni-penghuni di situ, aktiviti mereka sepanjang minggu dan apakah tugasan yang boleh kami lakukan. rata-rata penghuni di situ adalah wanita-wanita yang terlanjur, drugs addict dan kanak-kanak kecil yang ditinggalkan orang tua mereka. 





ada seorang kanak-kanak kecil di situ menghidap satu penyakit yang menyebabkan kepalanya besar dan berair. saya melihat ke dalam matanya, ternyata dia seorang kanak-kanak yang comel. hati saya lebih tersentuh apabila kanak-kanak tersebut memeluk saya setelah dia bangun dari tidur. saya terasa yang kanak-kanak tersebut dahagakan kasih sayang dari orang-orang sekelilingnya. semua itu cukup untuk membuatkan hati kami terpaut lebih lama di sana. tugasan pertama yang diberi oleh ibu (Puan Arfidah) ialah kami ditugaskan untuk membimbing kanak-kanak yang ada di rumah perlindungan itu selama 45 minit. bimbingan dari segi psikologi dan pengetahuan am untuk mereka kerana setiap yang diajarkan untuk mereka bakal memberi memori yang takkan dilupakan oleh mereka. 

ianya adalah hari yang penuh bermakna buat kami dan insyallah kami akan meneruskan usaha murni ini untuk mereka yang kurang bernasib baik.