Pages

Wednesday, February 15, 2012

BERAMAL KEBAJIKAN DI RUMAH SINAR SALAM


salam..hye all! its 15 days of february now and also yesterday some of us who believe the Valentines Day may celebrate it. okay, actually saya juga ada cara untuk mengekspreskan kaseh syg yg ada. buktinya, semalam saya saya dah melunaskan salah satu hajat saya untuk tahun ni dengan my girls, Didi and Ella untuk beramal kebajikan di rumah perlindungan Sinar Salam yang terletak di Lorong Haji TAib 3, Chow Kit. Sebut je Chow Kit, mesti masing-masing akan terfikir dengan keadaan lorong-lorong gelap di sana. macam tulah apa yang saya rasa apabila pertama kali menjejakkan kaki di sana. perasaan gusar menerjah-nerjah di benak saya.   namun segala kegusaran itu hilang sesampainya kami di hadapan pintu rumah kebajikan tersebut.


Puan Arfidah

ada seorang wanita sedang mendukung bayi kecil di hadapan pintu berkenaan. setelah memperkenalkan diri, kami segera naik dan bertemu dengan pengasas rumah perlindungan tersebut, Puan Arfidah. kami diberi penerangan tentang penghuni-penghuni di situ, aktiviti mereka sepanjang minggu dan apakah tugasan yang boleh kami lakukan. rata-rata penghuni di situ adalah wanita-wanita yang terlanjur, drugs addict dan kanak-kanak kecil yang ditinggalkan orang tua mereka. 





ada seorang kanak-kanak kecil di situ menghidap satu penyakit yang menyebabkan kepalanya besar dan berair. saya melihat ke dalam matanya, ternyata dia seorang kanak-kanak yang comel. hati saya lebih tersentuh apabila kanak-kanak tersebut memeluk saya setelah dia bangun dari tidur. saya terasa yang kanak-kanak tersebut dahagakan kasih sayang dari orang-orang sekelilingnya. semua itu cukup untuk membuatkan hati kami terpaut lebih lama di sana. tugasan pertama yang diberi oleh ibu (Puan Arfidah) ialah kami ditugaskan untuk membimbing kanak-kanak yang ada di rumah perlindungan itu selama 45 minit. bimbingan dari segi psikologi dan pengetahuan am untuk mereka kerana setiap yang diajarkan untuk mereka bakal memberi memori yang takkan dilupakan oleh mereka. 

ianya adalah hari yang penuh bermakna buat kami dan insyallah kami akan meneruskan usaha murni ini untuk mereka yang kurang bernasib baik.


No comments:

Post a Comment