Pages

Monday, February 27, 2012

A LITTLE BIT TO SHARE

assalamualaikum..huh, banyak sungguh nk diluahkan hari ini. i am officially keluar dari unikl and make a preparation for the uitm. actually bila  aku buat keputusan ni sebenarnya ramai sangat yang cakap aku rugi sebab aku kena bayar balik mara and aku dah 2 sem kat sane. mungkin juga ada yang tertanya-tanya kenapa aku boleh amek risiko dan keluar sahaja dari unikl. bila soalan bertubi-tubi orang dok terjah kat aku, why hajar why? kenapa kau kena keluar sedang kan kau ok kat unikl, aku hanya mampu tersenyum. susah dan berat untuk dikongsi kerana mereka tidak akan faham apa yang aku dah lalui sebelum ni.

menjadi orang harapan dalam keluarga sebenarnya adalah satu beban yang besar yang harus aku pikul. menyarungkan seragam sekolah atas tiket 'pelajar berasrama penuh' sebenarnya memberi satu tekanan besar pada aku, tambahan pula orang di sekeliling memberi satu pandangan yang aku ni budak sekolah pandai. what the heck? apasal aku ni nak kecoh-kecoh sangat? mana-mana sekolah pon sama. kalian boleh bercakap begitu, sebab kalian tidak berada dalam kasut aku. (sila translate bahase omputeh)

dan..memperoleh pencapaian yang tidak memberansangkan dalam SPM adalah satu titik kesedaran kepada aku dan merubah segala-galanya. aku yang pada awalnya meletak harapan tinggi untuk dapat maktab terkubur begitu saja, jaoh sekali nak dapat tempat kat matriks, mahu pon ipta. dengan keputusan yang tak seberapa itu tidak berjaya menempatkan aku kat mana-mana ipt yang boleh dibanggakan. sedangkan kawan-kawan yang lain berjaya. semua itu telah meletakkan aku kat satu tempat yang jauh dari sesiapa. aku disindir, aku dilempar kata-kata sinis. dan apa yang lebih menyedihkan, bila aku terpaksa melihat wajah kecewa mak dan apak walaupun mereka tak marah aku pon. masa tu aku tau, aku dah hancurkan harapan mereka. walaupon mak apak aku ok, itu tak bermakna yang aku kena sambil lewa je lepas tu. aku kena bertanggungjawab membuat mak dan apak tersenyum bangga balik dengan apa yang aku lakukan. aku tak nak merugikan satu sen pun lagi segala pelaburan yang parents aku dah buat semata-mata nak tengok kejayaan anak-anak. 

alhamdulillah, sepanjang pengajian aku di kpm telah banyak mengajar aku erti dewasa. aku yang dulunya sangat susah nak dengar cakap mak apak kini mula membuka hati untuk terima pandangan orang. dan pesanan mak aku supaya aku membuang sikap panas baran aku adalah sesuatu yang aku pegang sampai sekarang. aku kuat dan tekadkan hati untuk bangkit. aku kena kuat untuk keluarga tercinta. dan akhirnya aku grad, walaupon aku tak berjaya dapat dekan, tapi aku amat bersyukur kerana dengan pointer tersebut lah aku layak ke ipta.

what the heck? pesal kau nak kecoh, alaa..uitm je pon, sesape boleh masok. kalian boleh cakap macam tu, sebab kalian tak rasa macam mana sakitnya bila kita kena amek jalan jaoh untuk mendapat pendidikan yang sewajarnya. tapi aku tetap bersyukur bila diduga dengan dugaan macam ni, aku rasa lebih bersyukur dengan rezeki yang Allah dah beri berkat dari doa restu dan kesabaran untuk menempuh segala cabaran. bukan senang nak bangkit, bila kita gagal berkali-kali. sekurang-kurangnya aku tahu kemampuan yang aku ada sekarang. sekurang-kurangnya aku lebih mencintai ilmu berbanding masa aku sekolah dulu. aku sangat-sangat sambil lewa dalam bab belajar. 

sebab tu aku belajar bersungguh-sungguh. sebab aku dah gagal berkali-kali. aku ada adik yang meletakkan aku sebagai idola, sudah tentu aku nak berikan yang terbaik. walaupun aku terpaksa membayar balek pinjaman mara, aku lebih rela daripada aku harus bayar yuran tiap-tiap sem, tapi aku x dapat apa yang aku nak.

sekarang alhamdulillah, aku sangat berpuas hati setelah segala penat jerih perih yang aku lalui.

No comments:

Post a Comment